Touch And Pay

Apa Itu Touch And Pay (TAP)? TAP merupakan satu sistem kaedah pembayaran baru ala konsep Touch N Go cuma TAP hanya perlu sentuh telefon bimbit kita untuk melakukan pembayaran. Ia bakal menjadi satu revolusi baru dalam soal pembayaran di mana kita tidak perlu lagi membawa wang tunai untuk membeli. Seolah-olah telefon bimbit kita telah menyamai fungsi debit kad.



Sistem ini dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi!
Waktu itu premis-premis seperti Giants, Mydin, Carrefour, Esso, 7-eleven dll akan mengaplikasikan TAP dalam urusniaga mereka. Jadi, disamping penggunaan tunai, kad kredit dan kad debit, pengguna ada alternatif pembayaran lain iaitu menggunakan telefon bimbit mereka sahaja!


sahaja!

Prototaip alat "Touch And Pay" (TAP) yang dirakam di HQ Mobile Money International Sdn Bhd

Kelebihan TAP jika diaplikasikan di premis anda (Anda sebagai TAP Merchant):
  1. Transaksi pembeli-pekedai menjadi mudah kerana tidak melibatkan wang tunai.
  2. Urusan pembelian/penjualan menjadi lebih licin dan tepat. Tidak perlu memberikan baki wang dan tidak akan berlaku 'shortage' wang.
  3. Faktor keselamatan. Tidak risau akan dirompak kerana tidak melibatkan wang tunai. Segala transaksi terus direct ke bank.
  4. Mesra pengguna dan menjimatkan masa.
  5. Pengauditan bulanan menjadi lebih mudah dan lancar kerana segala transaksi direkodkan.
  6. Mendapat komisyen apabila mendaftarkan TAP User.
  7. Mendapat komisyen dari setiap transaksi TAP User.



Impian & Visi Pengasas Mobile Money

* Mobile Money Dalam Setiap Telefon Bimbit
* Semua Orang Di Dunia Boleh Menggunakan MM

Membayar Sesiapa, Pada Bila-bila Masa & Di Mana-Mana Sahaja